Friday 15 February 2013

9 Tips Kulit Muka berseri tanpa Jerawat!





Kulit yang halus mulus tanpa cela memang menjadi idaman setiap wanita...sememangnya wanita & kecantikan mmg xdapat dipisahkan ibarat irama & lagu, sekira anda mengalami masalah jerawat itu adalah perkara normal dan anda masih berhak mengembalikan seri wajah anda dengan mengikut tip2 yang akan diberikan dibawah ni :

Jom tengok TIPS mudah bagaimana nak menjadikan wajah berseri-seri selalu ;)

1. Mencuci wajah 2 kali sehari 
Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana itu akan meningkatkan penghasilan minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. Seboleh mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
secara alami wajah kita akan menghasilkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi seboleh mungkin jauhi daripada menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi medium bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih.
Setelah cuci muka atau mandi, laqpkan wajah kita dengan tuala yang bersih, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

5. Minum air putih
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minima 2 liter sehari, maka kulit kita akan sentiasa segar dan sihat.

6. Gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak. Sekarang sudah banyak produk kosmetik yang bahan asasnya daripada air.

7. Pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar sel-sel kulit berkembang dengan baik.

8. Banyakkan makan sayur dan buah.
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yang mengandungi vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, memerlukan rehat yang cukup. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana saat kita tidur, sel-sel kulit akan berkembang dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.

No comments:

Post a Comment